• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Tiba Di China Untuk Lawatan Kerja

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di China untuk lawatan kerja tiga hari.

Pesawat yang membawa Ahmad Zahid dan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis mendarat pada kira-kira 8.30 malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini.

Terdahulu, Duta Besar Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya berkata timbalan perdana menteri mempunyai jadual padat pada Selasa dengan beberapa acara penting termasuk menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Ke-86 Interpol.

Beliau berkata majlis perasmian itu akan disempurnakan Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping di Pusat Konvensyen Kebangsaan China.

Katanya lawatan Ahmad Zahid ke China berobjektif mengeratkan lagi hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dengan republik itu dan negara anggota Interpol.

Wisma Putra mengeluarkan makluman terkini aturcara lawatan Ahmad Zahid dengan beliau dijangka mengunjungi Setiausaha Hal Ehwal Politik Pusat dan Undang-Undang China Meng Jianzhu dan kedua-duanya akan menghadiri jamuan tengah hari di pejabat Meng di ibu negara.

Pada petangnya, Ahmad Zahid dijadual mengunjungi Menteri Keselamatan Awam China, Guo Sheng Kun di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai pada 4.40 petang.

Kemudiannya di venue sama, timbalan perdana menteri akan mengadakan perjumpaan dengan Meng Jianzhu dan Presiden Interpol, Meng Ho Wei sebelum menghadiri majlis makan malam Interpol.

Ahmad Zahid dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada 12 tengah hari Rabu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd