• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dobi ‘Muslim Sahaja’ Cetus Kontroversi

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLISI ‘Muslim sahaja’ sebuah dobi layan diri di Jalan Junid, Muar telah mencetuskan perdebatan antara netizen.

Beberapa keping gambar papan tanda dobi tersebut yang tertera perkataan: “Untuk pelanggan beragama Islam sahaja. Mesra Muslim. Kasut sila tanggalkan di luar” yang diletakkan di luar premis berkenaan telah tular di Facebook.

Perkara tersebut telah menerima respon berbaur daripada netizen; ada yang mengatakan polisi itu ada baiknya kerana kebarangkalian basuhan mereka tidak bercampur dengan unsur najis tidak akan berlaku.

Namun, ada yang mengatakan bahawa perkara itu tidak adil bagi pengguna daripada kaum dan agama yang lain.

Kata pengguna Facebook, Zachary Arshad, sebagai seorang Muslim dia berasa kecewa dengan pendirian dobi tersebut kerana menganggap isu itu mampu memecah belahkan perpaduan antara masyarakat.

“Saya Muslim dan saya rasa benda ini tidak sepatutnya berlaku. Islam tidak mengajar perkara begini. Islam adalah untuk semua, Islam sepatutnya menyatukan kita, bukan meletakkan jurang,” kata Zachary.

Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah netizen yang berfikiran terbuka mengenai hal itu.

Kata Suresh Pandian, tidak salah sekiranya pemilik dobi itu mahu menjalankan perniagaannya dengan cara Muslim.

Malah, ada juga netizen yang menyifatkan polisi dobi itu sebagai adil kerana pemiliknya tidak menyatakan perkara yang bersifat rasis.

Sementara itu, badan agama Islam menyatakan bahawa pemilik premis berkenaan bertindak berteraskan haknya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Johor, Abd Mutalib Abd Rahim berkata tiada kesalahan bagi pemilik premis berkenaan untuk mengenakan peraturan sebegitu kerana ia merupakan haknya sebagai pemilik.

“Mereka yang bukan Islam tidak perlu risau kerana terdapat pilihan untuk menggunakan dobi layan diri yang lain.”

Tambah Mutalib lagi, kerajaan Johor tidak mempunyai rancangan untuk masa hadapan untuk mengenakan peraturan seperti itu bagi semua premis milik pengusaha Muslim.

Dalam pada itu, mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, beliau mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh pemilik dobi tersebut bagi mengelakkan perasaan was-was pengguna Muslim yang lain.

“Jika ada yang mewujudkan premis sebegitu, maka ianya sesuatu yang bagus kerana terdapat segelintir Muslim yang tidak yakin akan kesucian dobi layan diri.

“Sebagai Muslim, adalah sesuatu yang baik bagi kita untuk menyediakan satu dobi mesra Muslim di mana kesuciannya terjamin. Dalam masa yang sama, kita juga memudahkan sesama Muslim untuk melaksanakan tamggungjawab mereka dalam beribadah,” jelas Tahrir lagi.

Ditanya mengenai konsep perkhidmatan dobi lagan diri dalam Islam, Tahrir berkata pihak premis perlu memastikan pakaian yang dicuci bebas daripada unsur najis ringan mahupun yang berat (najis mughallazah). – MYNEWSHUB.CC

Tags: JohorKedai DobiMuslim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, lebih 430,000 ahli UMNO Johor terus...

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian hasil cukai yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd