• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Perlu Terus Kekal Milik Kerajaan – MP

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Palimen (MP) turut menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan PLUS Malaysia Bhd diambil alih pihak swasta, dengan berkata, syarikat pengendali lebuh raya yang menguntungkan itu perlu kekal dimiliki kerajaan.

Anuar Manap, MP Sekijang itu turut menyebut beberapa kes di masa lalu di mana entiti swasta yang memiliki perniagaan atau aset strategik terpaksa diselamatkan kerajaan.

“PLUS kini dimiliki kerajaan melalui UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pelaburan ini memberi pulangan yang baik kepada 14.5 juta pencarum KWSP dan juga kerajaan, dari segi dividen dan cukai tahunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan oleh usahawan Tan Sri Abu Sahid  Mohamad untuk membeli PLUS Malaysia melalui syarikatnya Maju Holdings Sdn Bhd.

Khazanah Holdings Bhd memiliki 51 peratus kepentingan ekuiti dalam PLUS Malaysia melalui UEM Group Bhd manakala KWSP memiliki 49 peratus pegangan saham.

“Adalah tidak wajar dari segi pelaburan dan ekonomi untuk KWSP dan kerajaan melepaskan pelaburan ini.

“Kita tidak boleh mengambil manfaat yang telah dinikmati 14.5 juta ahli KWSP hanya untuk dimanfaatkan oleh individu atau entiti swasta.” katanya.

Anuar menyoal bagaimana KWSP akan mendapatkan pengganti untuk pelaburan yang amat baik ini.

“Hanya terdapat satu PLUS sebagai pelaburan infrastruktur gergasi.

“Kenapa perlu melepaskan pembangunan pelaburan infrastruktur kita? Tidakkah 14.5 juta ahli KWSP akan memperosal tindakan KWSP untuk keluar daripada pelaburan yang baik seperti itu.

“PLUS sudah tidak menaikkan kadar tol lebih daripada 10 tahun. Jika PLUS mendapat pampasan untuk ini, ia hanyalah perpindahan daripada poket kiri ke kanan, dengan dana itu masih berada dalam tangan kerajaan. Akhinya ia akan memanfaatkan14.5 juta penyumbang KWSP,” kata Anuar.

Menurutnya, cadangan untuk membekukan kenaikan tol oleh Maju Holdings untuk 20 tahun akan datang mungkin nampak menarik daripada perspektif rakyat serta menjimatkan kos kepada kerajaan.

“Bagaimanapun kita telah melihat beberapa kes di mana entiti swasta yang memiliki perniagaan atau aset strategik perlu diselamatkan kerajaan,” katanya.

“Adakah akan berlaku satu lagi usaha menyelamat, mungkin dalam tempoh 10 atau 15 tahun lagi, dengan ketiadaan kenaikan tol dan memiliki standard yang sama seperti yang dilakukan PLUS sekarang di tengah-tengah peningkatan kos bahan mentah,” soal beliau.

PLUS mengendali kira-kira 770 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan yang menjadi ‘tulang belakang’ Semenanjung Malaysia. Ia adalah aset strategik negara dan perlu diuruskan kerajaan.

Lebuh raya yang dibina sebagai sebahagian projek kerjasama awam-swasta tersebut telah dimilik negara apabila UEM dan KWSP mengambil alih pada 2012. – BERNAMA

Tags: KerajaanLebuhraya PLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd