• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Guna Air Tandak Berlumpur Sejak 20 Tahun

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Ribuan penduduk yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di sini, terpaksa menggunakan bekalan air tandak yang berlumpur sejak 20 tahun yang lepas.

Pengerusi Yayasan Fatimah Azzahra (YFA) Azmi Mohd Noor mendakwa perkara itu berlaku disebabkan aktiviti pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Ulu Sat yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kawasan tadahan air berkenaan.

“Penduduk tiada pilihan lain untuk mendapatkan bekalan air mereka dan turut menggunakannya untuk minuman, membasuh pakaian dan mandi. Walaupun penduduk membuat bayaran bulanan bagi menggunakan tandak tersebut namun ia tidak diselia dengan baik.

“Tinjauan kita pada hari ini mendapati kawasan tadahan air sedalam 10 meter itu semakin cetek dan pengepam sepanjang lapan meter yang digunakan bagi mengepam air juga disaluti selut tebal,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan tadahan air berkenaan di sini, pada Sabtu.

Azmi berkata lebih 50 aduan telah dilakukan oleh penduduk sejak beberapa tahun lepas kepada pihak berkaitan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata berikutan masalah itu menyebabkan ada sebilangan penduduk menggunakan telaga tiub bagi mendapatkan bekalan air alternatif namun tidak semua mampu mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana kos yang tinggi.

“Ia memberi kesan kepada penduduk yang kurang berkemampuan kerana mereka tidak mendapat bekalan air bersih yang sempurna,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Mohamad Samsuri Ariffin, 34, dari Kampung Kandis berkata masalah bekalan air akan memberi kesan terutama kepada kesihatan penduduk jika tidak ditangani dengan baik.

“Kita tak tahu sama ada ada binatang yang mati dalam tandak tersebut, dan dalam masa yang sama penduduk tiada pilihan untuk mendapatkan bekalan air.

“Masalah ini boleh diselesaikan jika pihak berkaitan membina loji dan sistem perpaipan yang lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: aduanLumpurpenduduk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd