• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Guna Persatuan Veteran Untuk Berpolitik”

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim meminta ahli Persatuan Veteran Regimen 6 Askar Melayu Diraja (RAMD) supaya tidak menjadikan persatuan itu sebagai batu loncatan untuk berpolitik.

Beliau berkata, tindakan sedemikian perlu dicegah kerana ia boleh menyebabkan hubungan antara anggota menjadi renggang dan objektif persatuan untuk menjaga kebajikan anggota tidak akan tercapai.

“Tidak salah anggota untuk berpolitik kerana ia merupakan hal peribadi masing-masing, tetapi janganlah mencampuradukkan politik dalam persatuan.

“Persatuan hendakkah digunakan untuk membantu kebajikan anggota yang memerlukan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Reunion Veteran 6 RAMD Ke-8 dan Penubuhan Persatuan Veteran 6 RAMD di Kamunting dekat sini hari ini.

Zulkiple berkata, pihaknya berbangga dengan penubuhan persatuan itu yang aktif dalam merapatkan hubungan sesama anggota.

Sementara itu Presiden Persatuan Veteran 6 RAMD, Ramli Mohamad berkata, sememangnya penubuhan persatuan adalah bagi merapatkan hubungan silaturahim sesama anggota selain membantu kebajikan anggota dan keluarga mereka. – BERNAMA

Tags: Panglima Tentera Daratpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd