• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas YDP Sabah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

oleh
22/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 87, dipilih Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M.

Pengumuman dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.

Antara kriteria penerima adalah berpengetahuan luas, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul, memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah serta mendapat pengiktirafan dan diterima masyarakat.

Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dan kini Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dilahirkan di Semporna pada 15 April 1930.

Hasil perkongsian hidup dengan Toh Puan Rukaiyah Panglima Abdullah mereka dikurniakan tujuh orang anak.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’.

Pemilihan tema bertepatan usaha kerajaan mahukan rakyat mengamalkan nilai murni melalui jalinan hubungan silaturahim dan sikap saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status agama, bangsa dan fahaman politik.

Ini penting bagi mengelakkan perasaan permusuhan, saling membenci dan menangkis kecelaruan kefahaman dan aliran pemikiran bercanggah fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah. – Berita Harian

Tags: Maal Hijrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Majlis Sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd