• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Komited Jenayah Rentas Sempadan Bersama

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-11 dan Mesyuarat Berkaitan yang berakhir hari ini telah mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan berkaitan usaha dan tindakan menangani jenayah rentas sempadan, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat dwitahunan itu terbukti mampu menjadi “pentas terbaik” untuk negara-negara anggota ASEAN bersuara dan memberikan cadangan yang proaktif dalam memperjuangkan kepentingan bersama serantau dan antarabangsa.

“Kita mencapai beberapa keputusan utama dari segi pelaksanaan bukan sahaja berkongsi maklumat risikan tetapi juga telah mengambil beberapa tindakan drastik berhubung soal pencegahan, pembanterasan dan penguatkuasaan melalui kerjasama antara negara ASEAN yang komited untuk memastikan jenayah rentas sempadan diatasi sepenuhnya,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini sejurus selepas berakhirnya AMMTC ke-11 selepas bersidang sejak Selasa lepas.

Ahmad Zahid berkata semua negara-negara anggota ASEAN juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat itu setiap tahun selepas ini bagi memaparkan komitmen mereka bahawa jenayah rentas sempadan itu perlu ditangani serta-merta dan tidak boleh dibiarkan membiak cepat sehingga mampu melemahkan rantau ini.

“Anggota ASEAN komited memerangi pengganas dan jenayah rentas sempadan serta-merta kerana menyedari masalah ini mampu memberi kesan mendalam kepada rakyat negara dan rantau ini,” katanya.

Beliau juga berkata ASEAN juga memahami bahawa jenayah rentas sempadan kini bukan lagi dalam bentuk konvensional, sebaliknya ia berubah pantas termasuk penggunaan ’tools of crime’ atau senjata jenayah iaitu penggunaan teknologi dan maklumat.

Katanya antara kesan jenayah rentas sempadan ini ialah penderitaan sistem kewangan masyarakat yang turut menjurus kepada jenayah lain seperti pengubahan wang haram dan jenayah siber.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain itu dua rakan dialog ASEAN iaitu Jepun dan China yang turut menyertai mesyuarat kali ini juga bersedia dan komited membantu ASEAN untuk mengatasi isu-isu jenayah rentas sempadan.

Sementara itu, Ahmad Zahid menerima tiga kunjungan hormat daripada pemimpin tiga buah negara iaitu Vietnam, Jepun dan Singapura sepanjang AMMTC ke-11 ini.

Pada perjumpaan dengan Timbalan Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Lt. Jen. Kanan Le Quy Vuong, Ahmad Zahid turut membangkitkan isu peningkatan pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia serta mencadangkan kepada Vietnam untuk menandatangani Triti Pemindahan Banduan Antarabangsa (ITOP) kerana ada kira-kira 700 warga Vietnam di penjara Malaysia.

Pada perjumpan dengan Menteri Pengurusan Bencana Jepun, Hachiro Okonogi, Ahmad Zahid berkata kerajaan Jepun telah menyatakan hasrat untuk mempelajari amalan terbaik kawalan keselamatan yang dilaksanakan Malaysia semasa penganjuran temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang lepas, sebagai persediaan Jepun menganjurkan Sukan Olimpik pada 2020.

Pada pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Singapura, Josephine Teo, Malaysia dan Singapura turut berbincang mengenai isu-isu keselamatan di peringkat dua hala dan serantau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd