• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapten QZ8501 Gemar Buat Amal, Suka Tunggang ‘Moge’

oleh
30/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

YOGYAKARTA – Juruterbang pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura semalam, Kapten Irianto gemar mengisi masa lapang dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson miliknya.

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang saudara beliau, Ayik Faulia Atmaja ketika ditemui pemberita di kediaman keluarga juruterbang berkenaan yang juga menjadi tumpuan masyarakat tempatan di Nanggulan, Maguwo, Depok, Sleman di sini hari ini.

“Kami memanggil beliau sebagai Pak De dan memang dikenali kerana hobinya suka berjalan-jalan menggunakan moge (motosikal gede = saiz besar) meluangkan waktu santai menjelajah kawasan dengan rakan-rakan dalam kalangan komuniti moge,” katanya.

Ayik Faulia menambah, setiap kali bersiar-siar dengan moge, konvoi kenderaan itu turut melakukan kerja kemasyarakatan atau baksos (bakti sosial) sambil memberi bantuan kebajikan kepada penduduk miskin di beberapa kawasan tertentu yang dilawati.

“Inilah yang lazim dilakukan Pak De, beliau bukan sekadar bersiar-siar sahaja dengan moge terkenal keluaran Amerika Syarikat itu, malah akan menganjurkan baksos di tempat yang kumpulan beliau singgah sebelum balik semula ke rumah,” jelas wanita tersebut.

Sepanjang kerjaya dalam bidang penerbangan, Irianto memiliki sejumlah 20,537 jam di udara termasuk ketika menjadi juruterbang jet tempur F16 Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara sebelum berpindah kepada syarikat Merpati Air dan kemudian Adam Air.

Namun, selepas syarikat terbabit menghadapi masalah pengurusan, Irianto berpindah kepada AirAsia, dan sudah terbang 6,053 jam dengan syarikat tambang rendah berpusat di Malaysia itu termasuk 2,247 jam sebagai pembantu kapten atau disebut  first officer.

Beliau yang berkahwin dengan Widia Sukarti dan dikurniakan dua orang anak; juga dikenali dalam kalangan jiran tetangga sebagai seorang yang taat beribadat dan aktif dalam kegiatan keagamaan di Masjid Nurul Yakin di kawasan perumahan tersebut. – Agensi

Tags: AirAsiaHarley DavidsonIndonesiaIriantoQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd