• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

oleh
20/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kita dilihat masih lagi terkejut dengan isu sedih yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara baru-baru ini.

Hari demi hari pelbagai rahsia yang berjaya dirungkai. Rupa-rupanya suspek yang ditahan itu sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada rakan sebaya malah kepada penduduk sekitar.

Rata-rata penduduk kawasan berkenaan mengakui bahawa kumpulan remaja terbabit sememangnya bermasalah.

Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mah, berkata salah seorang suspek yang ditahan itu pernah dibelasah oleh penduduk setempat kerana buang air kecil di atas Jalur Gemilang sekitar bulan lepas.

“Bulan lalu, salah seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah orang ramai berdekatan gelanggang futsal kerana kencing atas bendera Malaysia.

“Penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu membelasahnya sebelum bapa lelaki itu tiba datang tetapi memarahi orang ramai pula,” katanya dipetik Harian Metro.

Ekoran itu, dia sama sekali tidak terkejut mahupun hairan sekiranya remaja berkenaan melakukan perkara kejam kerana perangai mereka amat digeruni oleh penduduk setempat.

Tambahnya lagi, bapa kepada remaja tersebut pernah juga ditampar oleh orang ramai kerana mempertahankan tindakan biadab anaknya itu.

“Banyak perbuatan dilakukan budak jahat itu yang membuat orang ramai marah. Pantang ditegur mesti ada kereta penduduk calar.

“Malah, ada satu kejadian yang akan diingati penduduk iaitu sekumpulan remaja ini sanggup melempar najis ke kereta orang,” tambahnya.

Bekas pengawal keselamatan Taman Tasik Datuk Keramat, Adnan pula berkata,dia hanya mampu bertahan selama empat bulan sahaja bekerja di situ kerana tidak tahan dengan tingkah laku biadab kumpulan remaja berkenaan.

Dia mengaku kenal akan suspek dan sering melihat mereka berada di kawasan taman rekreasi itu pada lewat malam sehingga 4 pagi untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti hisap gam.

“Apabila saya datang untuk usir mereka dari kawasan taman, mereka sorok atau lari, selepas itu mereka muncul semula untuk hisap gam atau ganja. Sudah banyak kali saya dipermainkan oleh mereka,” ujarnya.

Jelas Adnan lagi, dia tidak dapat menahan dengan perangai remaja tersebut dan mengambil keputusan untuk berhenti pada Julai lepas berikutan memikirkan masalah kesihatan yang dialami.

Menurut Fairus, 32, pula dia begitu rapat dengan beberapa pelajar pusat tahfiz berkenaan kerana kerap jogging bersama.

Mereka sering kali mengadu mengenai tingkah laku suspek yangdikatakan mengganggu dan mengugut pelajar tahfiz berkenaan.

Tambah Fairus lagi, pelajar tahfiz itu pernah mengambil gambar dan merakam video suspek ketika sedang asyik menghisap gam lalu mereka diugut supaya memadamnya.

“Mereka (pelajar) diugut supaya padam gambar dan video itu, jika tidak mereka akan menerima nasib buruk sama seperti mangsa yang pernah dipukul oleh Mamat (samseng yang sedang menjalani hukuman penjara).

“Mamat pernah memukul seorang remaja lain menggunakan kayu sehingga mati. Jadi kumpulan remaja ini seakan bayangan Mamat kerana bertindak di luar kawalan,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: dadahDarul Quran Ittifaqiyahjalur gemilangtahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd