• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Jalan Penyelesaian Tingkat Institusi Agama

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Kerajaan berhasrat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan pengurusan institusi pendidikan Islam, termasuk sekolah tahfiz, khususnya yang dikendalikan swasta di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi mencapai matlamat itu, satu pertemuan dengan pengusaha sekolah tahfiz wajar dibuat bersama-sama dengan pihak berkuasa di peringkat pusat dan negeri bagi berbincang serta berkongsi maklumat sebagai langkah menyusun strategi jangka panjang berhubung isu itu.

“Langkah ini diharapkan dapat mengelak sebarang tuding menuding jari sekiranya timbul sebarang masalah seperti dalam kes kebakaran tahfiz baru-baru ini,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Zahid , yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di Filipina semalam bagi mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dwitahunan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-11 yang pembukaannya berlangsung di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sistem sekarang yang menyaksikan pengurusan sekolah agama dan tahfiz diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri berkemungkinan mempunyai kelemahan hingga menyebabkan usaha membantu institusi itu terbantut.

Beliau berkata keadaan itu juga menyaksikan sebahagian daripada pengusaha pusat tahfiz dan sekolah agama tidak mengetahui hasil perbincangan yang diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi yang berkaitan dengan mereka.

Semalam, Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz di Putrajaya berkata Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan pendaftaran institusi pendidikan Islam dan swasta termasuk sekolah tahfiz tertakluk di bawah akta itu dengan persetujuan kerajaan-kerajaan negeri.

Cadangan itu adalah langkah proaktif bertujuan mencari jalan terhadap isu-isu berkaitan sekolah itu termasuk isu keselamatan memandangkan pengurusan sekolah-sekolah itu kini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Ditanya mengenai usaha membantu sekolah-sekolah itu selepas ini, Ahmad Zahid mengakui ia bukan mudah kerana negeri-negeri mempunyai undang-undang yang berbeza dengan kerajaan pusat.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa sebarang keputusan yang dibuat kerajaan pusat tidak sama sekali akan mengetepikan kerajaan-kerajaan negeri.

“Kuasa negeri dan Raja Melayu perlu kita hormati,” katanya.

Beliau berkata matlamat utama kini adalah memastikan 941 maahad tahfiz swasta yang berdaftar dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia melibatkan 9,470 guru dan lebih 150,000 pelajar di seluruh negara diberi perhatian khusus dan dijaga kepentingan mereka.

Menurutnya langkah itu juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 120,000 hafiz al-Quran yang berpendidikan profesional dalam semua bidang menjelang 2015, seperti dihasratkan melalui program Transformasi Nasional (TN50). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd