• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Islam Di Sabah Waspada Ajaran Sesat

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Masyarakat Islam di Sabah hendaklah berwaspada supaya tidak mudah dipengaruhi oleh kalangan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan ajaran sesat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Mohd Edris berkata pihak berkenaan menggunakan pelbagai cara dan muslihat dengan matlamat untuk memesongkan akidah dan pegangan hidup umat Islam yang lemah kefahaman Islam.

Katanya cabaran umat Islam dalam mendepani pengaruh ajaran atau fahaman sesat begitu getir kerana mereka bukan sahaja menyebarkannya secara tradisi dengan masuk kampung tetapi turut menggunakan media sosial untuk mempengaruhi masyarakat Islam.

“Situasi ini memerlukan umat Islam terutama kalangan para ulama, cendekiawan Islam, ustaz, ustazah, muda-mudi Islam dan masyarakat Islam saling bekerjasama dalam menangani ancaman ajaran salah yang disebarkan,” katanya ketika merasmikan Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah di sini, hari ini.

Seminar dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Sandakan dan Bahagian Penyelidikan JHEAINS.
​​​​​​​
Menurutnya kombinasi dan adunan keilmuan, kepakaran dan pendekatan dakwah yang pelbagai, hikmah, ihsan dan bersifat mendekati semua kelompok masyarakat menjadi kekuatan dalam menangani isu-isu yang mengancam akidah umat Islam.

Zakaria yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata terdapat 16 ajaran atau fahaman telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah sebagai ajaran sesat kerana bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah.

Katanya ajaran tersebut antaranya Qadiani yang dipelopori oleh kumpulan Ahmadiah Qadiani, Al-Arqam, Syiah, Hizbut Tahrir, Millah Abraham, Tarikat Hasaniah, Liberalisme dan Pluralisme. – BERNAMA

Tags: Datuk Zakaria Mohd Edris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belia, Beliawanis Sabah Digalak Ceburi Perniagaan

26/10/2017
0

SANDAKAN - Belia dan beliawanis di negeri ini digalakkan untuk membina potensi dan minat dalam perniagaan untuk dijadikan sebagai kerjaya,...

Pengusaha Tanaman Makanan Digalak Persijilan MyGAP

13/09/2017
0

SANDAKAN - Pengusaha tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran di negeri ini digalakkan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) untuk menjaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd