• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Tanaman Makanan Digalak Persijilan MyGAP

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pengusaha tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran di negeri ini digalakkan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) untuk menjaga kualiti dan keselamatan makanan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Zakaria Mohd Edris berkata mendapatkan persijilan adalah sebagai bukti bahawa ladang atau kebun pengusaha mengamalkan APB.

Katanya adanya sijil persijilan APB (myGAP) yang sudah diterima pakai oleh kebanyakan negara di dunia, secara tidak langsung akan menaikkan keyakinan pengguna terhadap produk keluaran mereka adalah berkualiti dan selamat dimakan.

APB merupakan amalan pertanian yang menekankan aspek keselamatan, alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti, katanya ketika merasmikan Seminar ABP anjuran Jabatan Pertanian Sabah di sini, hari ini.

Seminar sehari itu disertai 450 peserta dari daerah ini, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Zakaria berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini, Jabatan Pertanian Sabah telah memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang telah diberi bimbingan.

Beliau berkata bagi Bahagian Sandakan, sebuah ladang di Beluran mengusahakan tanaman buah naga telah mendapat persijilan myGAP. – BERNAMA

Tags: Datuk Zakaria Mohd Edris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belia, Beliawanis Sabah Digalak Ceburi Perniagaan

26/10/2017
0

SANDAKAN - Belia dan beliawanis di negeri ini digalakkan untuk membina potensi dan minat dalam perniagaan untuk dijadikan sebagai kerjaya,...

Masyarakat Islam Di Sabah Waspada Ajaran Sesat

20/09/2017
0

SANDAKAN - Masyarakat Islam di Sabah hendaklah berwaspada supaya tidak mudah dipengaruhi oleh kalangan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd