• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tiba Hadiri Mesyuarat Menteri ASEAN

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini Selasa untuk menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-11 dan Mesyuarat Berkaitan.

Ahmad Zahid yang mengetuai delegasi Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino pada pukul 8 malam, bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Ketibaan beliau disambut Duta Besar Malaysia di Filipina Datuk Raszlan Abdul Rashid dan para pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Sejurus tiba, Ahmad Zahid akan menghadiri mesyuarat pramajlis dengan para pegawai kanan Malaysia di Comrad Manila Hotel di sini – venue rasmi mesyuarat empat hari itu – yang bermula semalam.

Esok, beliau dijadual menghadiri upacara perasmian mesyuarat itu dan sidang pleno di hotel sama.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijangka berkongsi pandangan Malaysia tentang pelbagai isu berkaitan jenayah rentas sempadan seperti keganasan, pengedaran dadah, pemerdagangan orang, pengubahan wang haram, kegiatan lanun, penyeludupan senjata, jenayah siber dan jenayah ekonomi.

Antara acara utama mesyuarat itu ialah Mesyuarat Khas Kedua Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Radikalisasi dan Eksremisme Ganas (SAMMRRVE) untuk menyediakan platform bagi negara anggota ASEAN bertukar-tukar pengalaman, pendapat dan idea tentang amalan terbaik dalam menangani isu radikalisasi dan ekstremisme ganas.

ASEAN dianggotai 10 negara iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd