• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Ajak Orang Ramai Sokong Atlet Para Negara

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyeru agar orang ramai hadir ke venue pertandingan Sukan Para ASEAN (APG) kesembilan 2017 bagi memberi sokongan kepada atlet para negara dalam misi memburu 103 pingat emas.

Beliau yang ditemui di venue bola tampar duduk di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini berkata kehadiran penyokong sedikit sebanyak dapat membakar semangat atlet para yang mempunyai kekuatan ‘luar biasa’ ketika menghadapi lawan masing-masing.

“Saya harap ramai lagi dapat datang untuk memberi sokongan kepada kontinjen para kita. Ada venue yang menerima kehadiran ramai penonton seperti di akuatik.

“Ramai lagi akan datang untuk beri sokongan terutama pada hari Jumaat dan Sabtu ini,” katanya.

Sukan Para ASEAN kesembilan yang sedang berlangsung sehingga 23 Sept ini, menawarkan 368 pingat emas dalam 16 acara sukan.

Seramai 1,421 atlet daripada 11 negara bertanding pada temasya yang berlangsung selama tujuh hari.

Sementara itu, Khairy yang mengakui saingan lebih sengit dalam temasya Para ASEAN itu, berharap kontinjen negara mampu mencapai 103 pingat emas untuk menduduki tempat kedua keseluruhan.

“Saya melihat prestasi kontinjen menepati sasaran setakat ini. Saya harap mereka akan terus berusaha memburu 103 pingat emas dan ia mencukupi untuk menduduki sekurang-kurangya tempat kedua teratas,” katanya.

Setakat jam 6 petang, kontinjen negara berada di tempat kedua selepas mengumpul 31 pingat emas, 22 perak dan 21 gangsa , di belakang Indonesia yang meraih 37 emas, 18 perak dan 19 gangsa.

Vietnam pula di tangga ketiga dengan 18 emas, 24 perak dan 17 gangsa. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd