• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Jawatankuasa Selaras Sekolah Agama Rakyat

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata satu jawatankuasa baharu perlu dibentuk bagi menyelaras Sekolah-sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pondok agama kerana kerajaan pusat tidak berhasrat mencampuri hal ehwal sekolah berkenaan yang berada di bawah bidang kuasa agama negeri-negeri.

Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.

“Satu piawaian keselamatan perlu ada, sama ada pusat-pusat pengajian tersebut berdaftar atau tidak, agar kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak berulang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa kementerian itu sedia bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz.

Ahmad Zahid berkata beliau telah berbincang dengan pengerusi pusat tahfiz berkenaan dan meminta mereka supaya mengetepikan perbezaan demi kepentingan pelajar dan nyawa mereka.

Beliau berkata satu mesyuarat Jawatankuasa Bertindak bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai cadangan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Pondok Pak Ya akan diadakan Selasa ini.

“Kita harus belajar walau apapun keadaan, bermula daripada kebakaran di Pondok Pak Ya. RCI ini harus siasat dengan terperinci serta membuat syor dan piawaian mestilah dipatuhi kerana pencegahan lebih baik daripada mengubati,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengucapkan syabas kepada polis kerana menahan tujuh remaja lelaki berusia di antara 11 dan 18 tahun yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah dan menyelesaikan kes itu tidak sampai 48 jam.

Bagaimanapun, beliau sedih kerana jenayah tersebut melibatkan remaja dan kejadian itu boleh dielak jika pengendali pusat tahfiz itu memahami permasalahan mereka.

“Mereka yang terlibat ini mungkin dipengaruhi dadah dan mahu balas dendam namun, perbuatan itu menyebabkan kehilangan nyawa.

Menurutnya kira-kira 52 peratus banduan yang berada dalam penjara di negara ini terlibat dengan jenayah berkaitan dadah.

“Berikutan itu, kerajaan memisahkan penguatkasaan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan pemulihan di bawah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) supaya lebih fokus. (Namun,) penguatkuasaan sahaja tidak cukup…institusi keluarga dan rakyat patut lebih sedar kerana permasalahan ini turut dialami negara lain,” katanya.

Mengenai penyebaran maklumat berhubung tangkapan tujuh remaja itu, Ahmad Zahid berkata ia bukan daripada sumber polis tetapi daripada agensi lain yang menular video mengenainya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd