• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menang Dengan Arsenal Tak Perlu Hazard

oleh Ahmad Albab
16/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHELSEA sangat unggul untuk Arsenal, justeru Antonio Conte tidak perlu mengambil risiko menurunkan Eden Hazard ketika menentang pasukan Arsene Wenger, menurut Danny Murphy.

Juara Liga Perdana Inggeris itu telah bangkit dari kekalahan pada perlawanan pembukaan menentang Burnley, mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Hazard terlepas aksi bulan pembukaan kempen selepas menjalani pembedahan buku lali pada musim panas tetapi telah membuat penampilan sebagai pemain ganti dalam kemenangan ke atas Leicester City dan Qarabag baru-baru ini.

Pemain berusia 26 tahun itu kini bersedia untuk tampil dalam skuad utama perlawanan derby London, Ahad, tetapi Murphy, bekas pemain tengah Liverpool dan Tottenham percaya jurang antara dua pasukan begitu luas.

Dia berpandangan Conte dapat bergantung kepada Willian dan Pedro untuk memastikan satu lagi kemenangan ke atas Gunners di Stamford Bridge.

“Saya tidak fikir Chelsea perlu tergesa-gesa membawa masuk Eden Hazard.

“Mereka mempunyai dua pemain hebat Willian dan Pedro yang bermain dengan baik dan mereka akan menang perlawanan tanpa Hazard.

“Semuanya terletak kepada Antonio Conte untuk memastikan semua pemain tahu tugas mereka di padang.

“Apabila Hazard berada di situ, tidak diragukan dia akan membuatkan Chelsea menjadi pasukan yang lebih baik.

“Tetapi mereka tidak memerlukannya untuk mengalahkan Arsenal. Cara Arsenal bermain dan bagaimana terbuka pertahanan mereka, sukar untuk melihat mereka menang di Stamford Bridge pada Ahad.

“Jika Alexis Sanchez berada di padang maka mereka boleh mengalahkan sesiapa.

“Tetapi taktik Arsenal begitu naif kecuali Arsene Wenger bermain dengan mentaliti yang berbeza dan menutup kelemahan sedikit demi sedikit.” – metroUK/mStar Online

Tags: ArsenalChelsea
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

09/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan prestijnya apabila tampil berani dan tidak gentar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd