• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sandakan Maju Hasil Pembentukan Malaysia

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sambutan Hari Malaysia esok menjadi signifikan kepada Sandakan dari segi pembangunan di daerah yang terletak di timur Sabah itu.

Pernah digelar Little Hong Kong pada suatu ketika dahulu, kini daerah ini pesat membangun yang turut disumbangkan oleh komitmen bersama kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan selain hasil perjuangan para pejuang kemerdekaan negeri melalui pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Chan Tzun Hei, seorang aktivis belia di sini menyifatkan pelbagai pembangunan dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat Sandakan tanpa disedari.

Katanya sebagai anak watan Sandakan, beliau berkata pembentukan Malaysia membabitkan penyatuan 13 negeri di Persekutuan Malaysia menjadi faktor penting kepada pembangunan di setiap negeri dan pelusuk kawasan di negara ini.

Menurutnya kerajaan persekutuan yang diwujudkan menerusi penyatuan itu telah menjalin kerjasama rapat dengan semua negeri dalam melaksanakan pembangunan.

Pembangunan Sandakan yang ada pada hari ini tidak wujud dalam sekelip mata sebaliknya ia hasil perjuangan pemimpin di negeri ini dan persekutuan dengan sokongan daripada masyarakat Sandakan, katanya kepada Bernama di sini.

Chan yang merupakan Penasihat Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Sandakan mahu usaha untuk membangunkan Sandakan perlu diterus dan dipertingkat demi generasi yang akan datang.

“Kita tidak boleh berasa puas hati dan perlu sentiasa berpandangan jauh dan ke depan,” katanya.

Menyentuh pembangunan di daerah ini, Chan berkata antara yang dikecapi adalah wujudnya Harbour Square dan Harbour Mall, pusat membeli-belah di Bandar Sandakan serta pembukaan Fourpoint By Sheraton, hotel empat bintang pertama di daerah ini.

Katanya ini ditambah dengan wujudnya beberapa Bandar Satelit baharu yang mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

Menurutnya antara bandar satelit tersebut adalah Bandar IJM Utama di Batu 6, Bandar Prima dan Mid Town di Batu 4.

Chan berkata projek pembangunan yang lebih signifikan adalah Terminal Bas Ekspres Bersepadu dan New Sandakan City yang masih dalam pembinaan.

Katanya kedua-dua projek ini akan menjadi tanda baharu untuk Sandakan bagi meningkatkan pelancongan domestik dalam negeri untuk terminal bas bersepadu dan tumpuan aktiviti komersial di New Sandakan City.

Beliau berkata pembinaan Jalan Lintas Utara dari Batu 7 hingga ke Batu 2 merupakan faktor penting kepada pembangunan di daerah ini dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Utara sebelum ini.

Menurutnya pembukaan Jalan Lintas Utara menyaksikan pembangunan di kawasan sepanjang jalan tersebut seperti pembukaan taman perumahan dan bandar satelit yang baharu.

Katanya taman perumahan tersebut antaranya Taman Nasa Lim, Casa San Uno, Harmoni dan PR1MA, manakala bandar satelit adalah Bandar Letat Jaya, Bandar Industri Ringan Letat Jaya, SEDCO Fasa 3 dan Mid Town.

Selain itu, katanya, naik taraf Lapangan Terbang Sandakan telah menyediakan kemudahan selesa kepada penduduk daerah ini yang ingin menaiki pengangkutan udara ke Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Tawau.

Pada masa sama, katanya, kemudahan Lapangan Terbang Sandakan dapat menggalakkan aktiviti pelancongan di daerah ini yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, hidupan liar dan marin.

Chan berkata kawasan tarikan pelancongan seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo dan Taman Pulau Penyu juga menerima ramai kehadiran pelancong.

Justeru, sebagai anak watan Sandakan, beliau bersyukur dan berterima kasih atas pembangunan yang dikecapi hasil komitmen bersama kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan. – BERNAMA

Tags: Sandakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Besar Kampung Bahagia: PPS Dibuka, 445 Mangsa Dipindahkan

Kebakaran Besar Kampung Bahagia: PPS Dibuka, 445 Mangsa Dipindahkan

19/04/2026
0

SANDAKAN, 19 April 2026 – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan hari ini susulan kebakaran...

Kira-Kira 200 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Besar Di Sandakan

Kira-Kira 200 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Besar Di Sandakan

19/04/2026
0

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah atas air di Kampung Bahagia, Batu Sapi, musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd