• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Pantas Bomba Selamat 3 Mangsa Kebakaran

oleh Ahmad Albab
12/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan pantas pihak bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan tiga warga asing dalam kebakaran kedai perabot terpakai di Bandar Baru Klang dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata dalam kejadian 4 pagi itu, dua wanita dan seorang lelaki, berumur lingkungan 40-an yang menyewa di tingkat dua bangunan berkenaan telah lari ke bahagian bumbung kedai untuk menyelamatkan diri.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.04 pagi dan tiba di kawasan kebakaran 10 minit kemudian. Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan kesemua mangsa.

“Api terlalu marak di tingkat bawah rumah kedai berkenaan menyebabkan anggota kami perlu mengawalnya sebelum boleh selamatkan mangsa yang berada di atas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tambah beliau, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 4.30 pagi dan mangsa yang diselamatkan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori tangki, cedera di kepala apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar sebuah rumah di Kampung Perepat, Klang dekat sini, kira-kira 6 pagi tadi.

Menurut Zaidi, penghuni rumah berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Tags: kebakarankedai perabot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd