• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi Ayo Poligami Di Indonesia Tular Sebab…

oleh
12/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Isu poligami kerap jadi subjek kontroversi di Indonesia. Lantaran itu, apabila ada satu laman dan aplikasi pencarian jodoh, Ayo Poligami dilancarkan, ia menarik perhatian ramai netizen.

Dilancarkan pada 12 April lalu, ia membawa ciri berkaitan poligami: satu ruang untuk ahli aplikasi itu boleh dedah status perkahwinan mereka dan satu kolum catatan bahawa pasangan mereka beri keizinan untuk berpoligami.

Elma Adisya, seorang penyumbang artikel untuk majalah atas talian tempatan, Magdalene, secara kebetulan hanya menemui aplikasi unik itu semasa sedang menulis kisah mengenai kesan poligami terhadap kanak-kanak.

Artikel beliau kemudian menjadi tular sehingga pengguna terkenal seperti Miranti Adelia memuat turun aplikasi kontroversi tersebut, menurut laporan akhbar berpengaruh dalam bahasa Inggeris, Jakarta Post (JP).

Apabila Elma cuba aplikasi itu untuk buat pertama kalinya, beliau mendapati kebanyakannya digunakan oleh ahli lelaki. Miranti bagaimanapun, menarik perhatian netizen apabila mendakwa ada juga pengguna wanita.

“Mereka mungkin menyamar sebagai orang lain atau membuat kajian seperti saya,” kata beliau kepada JP. Semasa membuat kajian mereka itu, Elma dan Miranti berdepan dengan pelbagai jenis kerenah pelik lelaki.

Elma memberitahu tidak semua ahli menyertai Ayo Poligami dengan keizinan isteri mereka. Sementara itu, Miranti berinteraksi dengan lelaki yang adanya bersopan santun dan ada juga yang nampak baik pada awalnya.

Tetapi kemudian memulakan sembang yang berunsur seksual. Ada juga ahli tersebut menurut Miranti, tidak pula menunjukkan tujuan yang jelas kenapa mahu berkahwin lagi meskipun isteri mereka masih lagi hidup.

Pemilik dan pengasas Ayo Poligami, Lindu Cipta Pranayama memberitahu JP bahawa aplikasi itu dibangunkan berdasarkan kepada pengalaman peribadi beliau menelusuri beberapa laman sesawang pencarian jodoh.

“Pada asalnya, kami membangunkan laman pencarian jodoh untuk membantu golongan bujang berusia lewat yang belum lagi berkahwin tetapi semasa tempoh pembangunan itu, muncul pula isu poligami,” jelas Lindu.

Berdasarkan terhadap pemerhatian rawak beliau, poligami sebenarnya boleh meruntuhkan sesebuah rumah tangga jika si suami itu tidak memberitahu niat jujurnya untuk bernikah lagi kepada isteri pertamanya.

“Ia mencalar hati perasaan seseorang wanita,” tambah beliau. Ayo Poligami dikatakan direka untuk mereka yang mahu cari hubungan serius. Bagaimanapun, ketika populariti aplikasi itu bertambah, akaun palsu juga meningkat.

Lebih pelik, sembang berunsur seksual turut kerap berlaku. Selepas berunding dengan ustaz beliau, Lindu memadam semua akaun ahli aplikasi tersebut, dengan rancangan untuk melancarkan semula platform berkenaan.

Lindu berkata versi terbaharu Ayo Poligami akan menyertakan lebih banyak ciri penapisan. Sebagai contoh, mereka yang mahu mendaftar perlu beri kad pengenalan yang sah dan mendedahkan status perkahwinan semasa.

Lebih penting ada surat keizinan untuk bernikah lagi daripada isteri pertama. Beliau menambah, ada atau tiada Ayo Poligami, isu poligami memang sesuatu yang kontroversi. Maka itulah sebabnya keizinan pasangan diperlukan.

Lindu juga berkongsi bahawa beliau malahan bertemu jodoh dengan isterinya sendiri melalui aplikasi tersebut. Ini memberi beliau motivasi untuk meneruskan pembangunan khidmat pencarian jodoh secara online.

“Saya mahu ia menjadi sebuah laman sesawang pencarian jodoh yang boleh dipercayai,” katanya lagi kepada JP. Aplikasi wajah baharu itu bakal dilancarkan semula pada 5 Oktober depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indonesiapoligami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd