• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluru Pelancar Roket Punca Letupan Di Gurun

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra II di sini, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata peluru berkenaan, “High Explosive Anti-Tank” adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan ATM untuk menyiasat perkara itu.

Katanya, pihaknya percaya terdapat lebih daripada satu bom yang meletup kerana kawasan kawah letupan itu luasnya kira-kira satu meter, tetapi siasatan masih dilakukan.

“Bom (peluru) itu memang digunakan oleh ATM dan mangsa yang meninggal itu cuba mengabstrak item berharga di dalam peluru,” katanya.

Zakaria berkata polis kini masih mengutip serpihan daripada bom yang meletup untuk membantu siasatan selain merakam percakapan daripada penduduk taman berkenaan.

“Kita juga mendapat kerjasama baik daripada ATM demi meningkatkan SOP (Standard Operation Procedure), jika ia perlu diperbaiki.

“Kita akan teruskan siasatan untuk mengenalpasti macam mana bom (peluru) itu dibawa keluar daripada kem latihan tentera,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sehingga kini polis menerima 61 laporan polis berhubung kerosakan rumah yang dialami penduduk taman terbabit.

Dalam kejadian Rabu lalu, sebuah bom meletup di rumah milik seorang anggota tentera menyebabkan tiga maut dan dua mangsa cedera parah, manakala lebih 40 rumah terjejas akibat kesan letupan.

Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu Syahirah Ayob; serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut.

wajah isteri

Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang mengandung enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, (ibu Aqif) cedera parah.

Anak dalam kandungan Sharifah Azlina dilaporkan meninggal akibat kejadian itu. – BERNAMA

Tags: letupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd