• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas ASP, 2 Rakan Peras Ugut Didenda RM5,000

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan dua rakannya masing-masing didenda RM5,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh, dua tahun lepas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mazwan Masngot, 36, rakannya Khairil Mazly Abdul Maat, 39, seorang penganggur dan Mohammad Fariz Mat Yusof, 28, seorang pekerja restoran, kerana melakukan pemerasan dengan mengambil wang tunai RM70,000 daripada Atiar Rahman Babu, 44, seorang peniaga dan buruh binaan.

Bulan lepas, ketiga-tiga tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah dan hari ini ditetapkan untuk jatuh hukum.

Mereka didakwa didakwa telah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa dengan dengan mengatakan bahawa mangsa telah melakukan kesalahan kerana memiliki pasport orang lain.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini pada jam 8.30 malam, 11 Jun 2015. Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua hukuman tersebut.

Selain itu, Khairil Mazly dan Mohammad Fariz masing-masing turut didenda RM3,000 atau 10 bulan penjara kerana telah menyamar sebagai anggota polis dan melakukan tangkapan ke atas Atiar Rahman di Restoran Irwan Shah Seafood, Jalan Pandan Indah 4/38, di sini, pada waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Sementara itu, Mohammad Fariz didenda lagi sebanyak RM6,000 atas tiga pertuduhan iaitu memiliki selaras pistol tiruan jenama Heat P 398 Smith & Wesson, memiliki dua helai vest polis dan memiliki 25 keping pasport yang bukan miliknya.

Bagi pertuduhan memiliki pistol tiruan, Mohammad Fariz didenda RM2,500 atau 10 bulan penjara; pertuduhan memiliki vest pula didenda RM500 atau satu bulan penjara dan bagi pertuduhan memiliki pasport bukan miliknya didenda RM3,000 atau 12 bulan penjara.

Mohammad Fariz didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di No 17, Jalan Akasia 2, Taman Akasia, Mantin, Negeri Sembilan, pada jam 8.50 malam, 1 Nov 2015 dan didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata (Akta 206); Seksyen 89 Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 (Akta 150).

Kesemua tertuduh diwakili peguam Jason Singh manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim. – BERNAMA

Tags: didenda
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd