• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beranak Direman Kes Sumbang Mahram

oleh AK-47
08/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Mahkamah Majistret di sini, memerintahkan dua beranak berusia 53 dan 25 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang juga cucu dan anak saudara kedua-duanya.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Sofia S Sarawan selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah jam 8.40 pagi dengan diiringi anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Kes itu terbongkar 2 September lalu apabila kanak-kanak itu memberitahu ibunya yang dia dirogol berulang kali sejak setahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata mangsa mendakwa kes berlaku beberapa kali sejak tahun lalu ketika mangsa tinggal bersama datuknya di rumah panjang itu, manakala ibunya menetap di Mukah.

Kira-kira jam 1 tengah hari semalam, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Sibu menahan bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun di tempat kerjanya di kilang papan di Durin.

“Kira-kira sejam kemudian, seorang lelaki berusia 53 tahun iaitu datuk mangsa pula ditahan di kediamannya di rumah panjang,” katanya.

Dev berkata, semakan mendapati datuk mangsa mempunyai rekod jenayah seksual kerana merogol anak kandungnya pada 2008.

“Suspek dibebaskan tahun lalu selepas menjalani hukuman 12 tahun penjara dan lima sebatan,” katanya. – BH Online

Tags: IPDsumbang mahram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Peniaga Air Tebu Berdepan Hukuman Penjara 1,830 Tahun

24/02/2021
0

KLANG - "Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?" Demikian kata seorang lelaki yang mencelah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd