• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

oleh Mohd Arshad
26/03/2025
dalam Terkini
0
Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, operasi yang bermula pada hari ini hingga 6 April itu melibatkan IPD Klang Utara, Klang Selatan, Shah Alam dan Kuala Langat.

Beliau berkata antara penekanan yang diambil semasa operasi berkenaan ialah melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi indeks jenayah yang tinggi bagi mengehadkan pergerakan penjenayah sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah di IPD masing-masing.

“Bagi peringkat IPD Klang Utara, kita akan mengadakan SJR di beberapa kawasan terpilih sepanjang 24 jam selama dua minggu bagi mengesan pergerakan penjenayah.

“Tujuan operasi ini adalah untuk pencegahan jenayah sebab kalau fokus satu IPD sahaja, penjenayah akan bebas bergerak. Misalnya dia (penjenayah) buat di IPD Klang Utara, dia akan lari ke Klang Selatan atau Shah Alam dan Kuala Langat, semuanya bersempadan dan wajar dilaksanakan dalam empat penjuru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat IPD Klang Utara di Plaza Tol Bukit Raja Grand Sepadu di sini hari ini.

Terdahulu, Vijaya Rao yang diiringi Pengurus Besar Grand Sepadu (NK) Sdn Bhd, Abdul Razak Hashim turun padang berkempen dan beramah mesra dengan pengguna plaza tol sambil menyerahkan sumbangan kuih raya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial juga dilibatkan dalam operasi terbabit bagi mengesan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.

Vijaya Rao berkata, semua jabatan berkenaan turut menyumbang kepada Op Cantas yang dilaksanakan serentak bagi mengesan suspek terlibat dalam kegiatan kongsi gelap menerusi kaedah snap check.

Dalam perkembangan lain, Vijaya Rao memaklumkan indeks jenayah di daerah Klang Utara mencatat penurunan 14 peratus (38 kes) bagi dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bernama-

Tags: IPDOp Empat Penjuruselangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd