• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia Beri Peruntukan Tambahan Banjir

oleh Ahmad Albab
27/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan sedia memberi peruntukan tambahan untuk negeri-negeri yang dilanda banjir dan selepas banjir pulih, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata tambahan peruntukan itu akan disalurkan kepada beberapa kementerian terlibat antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Kerja Raya; dan Kementerian Pertahanan.

“Kementerian masing-masing akan membuat penilaian…berapa yang diperlukan dan kemukakan pada Kementerian Kewangan untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada 144 mangsa banjir kilat dari beberapa kampung di Ipoh 8 Disember lepas.

Kawasan terlibat termasuk Kampung Seri Kelebang Tambahan Dua, Kampung Tersusun Kelebang Selatan, Kelebang Bayu, Taman Bertuah dan Kampung Tengku Hussein.

Ahmad Husni berkata penilaian mengenai kerosakan infrastruktur dan harta benda awam akibat bencana itu akan diketahui selepas banjir pulih dan ia dijangka dimasukkan dalam bajet tahun depan.

Beliau berkata sebelum ini Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri-negeri dilanda banjir.

Bencana banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan serta Selangor, sehingga kini menyaksikan lebih 130,000 mangsa dipindahkan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd