• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai: LHDN Buru Golongan Profesional

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melancarkan operasi pengauditan berhubung isu percukaian ke atas golongan profesional melibatkan arkitek, peguam dan jurutera dalam masa terdekat, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

Beliau berkata berdasarkan analisis risiko, maklumat pelbagai pihak termasuk pihak ketiga dan analisis Bank Negara Malaysia, terdapat kalangan golongan itu yang tidak mengisytiharkan pendapatan mereka.

Tanpa mendedahkan jumlah yang disasarkan di bawah peruntukan Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967, Sabin berkata operasi itu mungkin dilaksanakan pada bulan depan atau Oktober nanti.

“Saya nasihatkan kepada golongan profesional ini untuk datang ke LHDN dan membuat pendedahan sukarela,” katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Merdeka 2017 di sini hari ini.

Mengenai sasaran kutipan cukai sebanyak RM127.7 bilion tahun ini, Sabin berkata ia boleh dicapai namun terdapat beberapa ‘kekangan’ antaranya pengumuman pengurangan kadar cukai sebanyak satu peratus yang boleh mengurangkan kutipan hasil.

“Satu lagi adalah kutipan cukai dari hasil petroleum, mengikut anggaran, LHDN sepatutnya memperoleh RM8 bilion, tetapi sehingga kini kita baru mendapat RM3 bilion, ini antara cabaran kita,” katanya.

Setakat ini katanya, LHDN berjaya mengutip cukai berjumlah RM75.7 bilion, meningkat 2.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ditanya sama ada LHDN sengaja menyasarkan keluarga Tun Dr Mahahir Mohamad dalam siasatan membabitkan percukaian ekoran laporan serbuan LHDN ke pejabat anak-anak bekas perdana menteri itu, beliau berkata pihaknya tidak mengamalkan tindakan siasatan selektif atau bermotif politik.

“Tidak ada campur tangan politik. Sebarang siasatan atau tindakan audit terhadap mana-mana individu atau syarikat adalah berdasarkan analisa risiko yang teliti oleh LHDN.

“Apabila kita siasat atau audit, LHDN tidak saja siasat satu syarikat atau satu pengarah tetapi akan melakukan siasatan ke atas kumpulan syarikat itu. Itulah yang diamalkan di negara-negara lain,” katanya.

Sabin dalam pada itu berkata LHDN mendapati kira-kira 20 peratus daripada peniaga makanan yang dilawati sepanjang bulan ini dalam operasi Op Saji tidak mempunyai fail cukai pendapatan.

“Bagi yang sudah mempunyai fail cukai pendapatan, hampir 10 peratus gagal isytiharkan cukai mereka melalui borang nyata cukai pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN, Masrun Maslim menasihatkan pelakon Shaheizy Sam supaya menyelesaikan segala tunggakan cukai dalam tempoh enam bulan ini sebelum prosiding kes bankrap terhadapnya difailkan pada 15 Februari tahun depan.

Beliau berkata jika semua tunggakan dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan, LHDN akan menarik balik kebankrapan terhadap pelakon berkenaan.

“Buat apa yang patut dan jangan berlengah. Jika dia sudah menyelesaikan semua tunggakan dan cawangan guaman kita berpuas hati, kita boleh tarik balik (notis kebankrapan),” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan bagi LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam. – BERNAMA

Tags: Datuk Sabin SamitahLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd