• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapten Thailand Bongkak, Harimau Bakal Balas Dendam

oleh
30/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEBARAN perlawanan akhir acara bola sepak bagi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 kian terasa. Malam ini, Stadium Shah Alam bakal menjadi saksi pertarungan sengit antara skuad Harimau Muda menentang Thailand.

Selaku kapten pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi dengan bangganya mengatakan bahawa segala rahsia skill pemain Malaysia sudah ada di dalam ‘poketnya’.

Chenrop dikatakan telah mengkaji rahsia dan cara untuk merobek kubu skuad bola Malaysia sejak berjaya menewaskan pasukan kita ketika perlawanan Piala Negara-Negara, Kejohanan Piala Dubai dan Kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia B-23.

Dia sering menjadi penjaring gol dan juga sering berjaya untuk membolosi gawang pasukan kita tanpa sempat dihalang oleh Adib Zainudin ataupun Irfan Zakaria sekali.

“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai. Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil.

“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol,” katanya dengan penuh rasa bangga.

Dengan penuh bongkak dia mengatakan bahawa semua ‘rahsia’ strategi perlawanan sudah diketahuinya. Namun dia juga menasihatkan rakan sepasukan supaya tudak memandang rendah dengan corak pertandingan yang dilakukan oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee ini.

“Aksi final bagi saya cukup berbeza berbanding perlawanan lalu dan sesiapa saja boleh meraih kemenangan. Kami kena pastikan momentum dikekalkan, dan paling penting setiap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.”

“Saya harap pemain kekal fokus sehingga penghujung perlawanan serta mengelak melakukan kesilapan mudah,” jelasnya lagi, memetik Harian Metro. 

Mudah-mudahan pingat emas menjadi milik kita malam ini, supaya pasukan Thailand dapat membuang sifat bangga mereka yang memperkecilkan kemampuan pasukan Harimau Muda kita. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Walau Bermuka Cina, Ada Darah Cina, Tapi Aku Tak Pandai Cakap Cina – Marina

Walau Bermuka Cina, Ada Darah Cina, Tapi Aku Tak Pandai Cakap Cina – Marina

02/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mendakwa beliau menghadapi cabaran besar ketika bertanding di...

Jangan Lupa Penghinaan Pas Terhadap Bangsa Johor – Mahfuz

Jangan Lupa Penghinaan Pas Terhadap Bangsa Johor – Mahfuz

02/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar mengingatkan pengundi di Johor supaya tidak melupakan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd