• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sehingga 15 Februari LHDN Fail Petisyen Pemiutang

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan sehingga 15 Feb tahun depan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam.

Peguam hasil Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata tarikh itu ditetapkan Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff dalam kamar hari ini.

“Mahkamah mengarahkan pihak LHDN untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy.

“Selepas petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau berkata pada prosiding hari ini, Shaheizy diwakili peguam Syafinah Taib.

LHDN sebelum ini berkata tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim dilapor berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Bagaimanapun, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataannya kepada media mengakui tidak tahu menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.

Pada masa yang sama, katanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini. – BERNAMA

Tags: LHDNPeguam hasil Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd