• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tuduh Abdul Murad Memusuhi Beliau

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid memusuhi beliau secara peribadi sejak tahun 1999.

Anwar yang dihukum penjara diatas kesalahan meliwat mendakwa permusuhan peribadi itu yang menyebabkan Abdul Murad membuat kenyataan dirinya takut hilang jawatan Menteri Kewangan dalam skandal kerugian mata wang asing BNM berpuluh tahun lalu.

“Saya telah membaca kenyataan saksi (Abdul Murad) dimana beliau mendakwa bahawa dalam satu penerbangan ke Hawaii pada awal 1994, beliau telah memberi satu taklimat kepada saya berkenaan kerugian mata wang asing BNM.

“.. dan saya berkata bahawa jika kerugian tersebut diketahui umum maka saya terpaksa meletakkan jawatan Menteri Kewangan. Sindiran berniat jahat beliau cukup jelas bahawa makna tersirat kata-kata saya itu ialah isu tersebut perlu ditutup,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada hari pertama sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal melibatkan kerugian besar wang negara sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri berlangsung, Abdul Murad sebagai saksi memberi keterangan Anwar pernah menyatakan beliau terpaksa meletakkan jawatan jika perkara itu diketahui rakyat kepadanya.

Anwar mendakwa keterangan oleh Abdul Murad kepada RCI itu kononnya tuduhan palsu kerana beliau medakwa tidak pernah berkata demikian kepada Murad semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.

“Saya tidak perlu berkata sedemikian kepada seorang petugas seperti Abdul Murad yang diarah Gabenor BNM, Tan Sri Jaffar Hussein untuk memberi taklimat kepada saya berkenaan aspek teknikal perakaunan dan isi kandungan laporan tahunan BNM.

“Saya ingin menegaskan bahawa selain satu taklimat ini, saya telah berurusan secara terus dengan Jaffar,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Abdul Murad KhalidDatuk Seri Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd