• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Trauma Kejadian Letupan Bom Ragut Tiga Nyawa

oleh Ahmad Albab
26/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Penduduk yang tinggal berhampiran sebuah rumah di Taman Ria Mesra 2 di sini, yang meletup sehingga mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan dua orang lain petang semalam, trauma dengan kejadian tidak diduga itu.

Mohd Faizal Mat Zain, 37, berkata tiga anak perempuannya berusia antara setahun dan 11 tahun, masih terkejut selepas melihat kejadian tersebut yang turut memusnahkan rumah yang dihuni mereka.

“Anak-anak saya menangis dan tidak boleh tidur malam sebab teringat kejadian tragis itu. Saya terpaksa tenangkan supaya mereka kembali normal,” katanya ketika ditemui Bernama, di tempat kejadian di sini hari ini.

Mohd Faizal yang bekerja sendiri berkata ketika kejadian dia baru keluar dari rumah ke kedai berhampiran bersama-sama anak dan isterinya.

Katanya, dia bergegas pulang bagi memeriksa keadaan rumahnya selepas terdengar bunyi letupan dan gegaran kuat.

“Pulang saja ke rumah, saya lihat bumbung dan siling runtuh serta kaca bertaburan dalam rumah. Sejak daripada itu, anak-anak saya mula takut,” katanya.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, dia kerugian kira-kira RM100,000 selepas semua barangan dan peralatan dalam rumahnya yang terletak di belakang rumah yang meletup itu mengalami kerosakan.

Mohd Faizal berkata buat sementara, dia bersama keluarga kini tinggal di rumah adik lelakinya yang terletak dalam taman tersebut.

“Saya harap pihak berkaitan dapat salurkan bantuan dan selesaikan masalah kami dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Nor Hidayatul Amira Kamis, 15, yang rumahnya terletak di hadapan lokasi kejadian berkata dia masih trauma dan tidak dapat tidur malam tadi selepas menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

Nor Hidayatul Amira berkata dia masih terngiang-ngiang teriakan seorang jiran yang cedera meminta tolong selepas letupan itu.

“Waktu itu tiada orang sebab semua belum balik kerja. Saya sekeluarga masuk ke rumah dan tolong makcik itu. Ayah masa itu keluar mendapatkan bantuan daripada jiran lain,” katanya.

Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayob Hassim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Hidayah Ayob serta anak jirannya Afiq Lokman Mohd Sharizal, 5, maut manakala isteri Ayob, Sharifah Haslinda Hashim, 30, yang sedang mengandung enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Robete, 30, cedera parah. – BERNAMA

Tags: letupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd