• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Cantik Ni Sanggup Bogel Team Polo Menang?

oleh
23/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, kita digemparkan dengan gadis yang dikatakan pecah ovari selepas dapat bersemuka langsung dengan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Baca: Gadis Ini Sanggup Meletop Ovari Demi Prince Mateen!

Sekali lagi tular seorang gadis cantik yang mencuri perhatian netizen berkaitan juga dengan posting berbaur lucah di laman media sosial yang turut berkait dengan perlawanan polo berkuda Sukan SEA antara Malaysia dan Brunei.

Lala Rahim atau nama sebenarnya, Nurul Adilla Abd Rahim telah memuat naik satu kenyataan di akaun twitter bahawa dia bersedia berbogel sekiranya team polo berkuda Malaysia berjaya menewaskan Brunei.

“Aku rasa team polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!” tulisnya penuh keberanian.

Perlawanan itu adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh ramai gadis berikutan pertarungan tersebut merupakan pertembungan antara dua pasukan yang melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Prince Mateen.

Keputusan acara Polo Ekuestrian di Putrajaya pada Selasa lalu nyata telah berpihak kepada team Malaysia apabila berjaya mengalahkan Brunei dengan keputusan 12-4.

Apa lagi… ramai la yang mula menuntut agar gadis berkenaan melaksanakan janjinya.

Berdasarkan tinjauan Mynewshub, kenyataan itu bagaimanapun telah dipadam oleh gadis tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.

Gadis itu kemudian menjelaskan keadaan sebenar bahawa apa yang ditulisnya itu hanyalah sekadar gurauan semata dan dia tidak berniat langsung untuk melakukan tindakan tidak bermoral itu.

“Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.

“Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya lapor mStar Online.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka kenyataan gurauan tersebut boleh menimbulkan rasa yang kurang senang dalam kalangan orang ramai.

“Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” katanya dengan nada sesal.

Akibat daripada tindakan kurang bijaknya itu, kini Lala diminta agar bersikap lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan di laman sosial pada masa akan datang.

Hmmm… ada benda yang mungkin gurauan bagi kita tapi tidak pada pandangan orang lain.

Lepas ni berfikir dulu lah ya sebelum menaip mahupun bercakap sekali pun agar tak memakan diri kelak! – MYNEWSHUB/AmyMaizura

Tags: KJPrince MateenSukan SEA KL2017
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Sungai Buloh menyatakan kesediaan untuk menerima semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd