• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Giat Usaha Tingkat Sokongan Rakyat

oleh Ahmad Albab
19/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menggiatkan usaha bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam usaha mencapai kemenangan besar pada PRU ke-14.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jentera UMNO masih mempunyai masa untuk menggiatkan usaha berkenaan.

Anggota UMNO di peringkat akar umbi juga perlu mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan rakyat tidak mahu menyokong parti sama ada ia disebabkan ada segelintir pemimpin dan wakil rakyat tidak turun ke bawah merasai denyut nadi rakyat, katanya.

“Setiap yang berlaku mesti ada sebab. Cari puncanya dan betulkan punca itu. Barangkali, disebabkan perangai kita, lagak kita,” katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Tanjung Piai di sini hari ini.

Turut hadir ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai Datuk Md Othman Yusof.

Tengku Adnan berkata beliau bimbang dengan trend penurunan sokongan yang dicatatkan sejak PRU-11 dan mahu usaha dijalankan bagi memberi penerangan kepada rakyat.

Beliau berkata sehubungan itu, jentera kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional mesti mengamalkan resmi padi yang semakin ‘menunduk apabila berisi’.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata beliau percaya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN akan bertambah sekiranya jentera kepimpinan sentiasa turun padang berjumpa rakyat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd