• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, Kereta Jatuh Bangunan Di Genting

oleh AK-47
18/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENTING – Dua orang termasuk seorang pelancong wanita warga China maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terjunam dari tingkat empat kawasan letak kenderaan di sebuah hotel di Genting Highlands, awal hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu mangsa, L. Poolani Samy, 50, dari Sepang, Selangor dan penumpangnya, Muy San Mao, 43, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas terjatuh daripada ketinggian 13 meter.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd Nor berkata,ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan turun dari kawasan tempat letak kereta berkenaan.

“Apabila sampai di tempat kejadian yang merupakan kawasan membelok ke kanan, pemandu dipercayai telah hilang kawalan lalu terlanggar besi penghadang sebelum terjunam kira-kira 13 meter ke bawah dalam keadaan keempat-empat tayar kereta ke atas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Genting Highlands.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu menyebabkan kenderaan itu terbabas serta terjunam.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd Arshad Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 4.32 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

“Apabila sampai mayat mangsa telah dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: genting highlandjatuh bangunanmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd