• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tak Pernah ‘Tagih’ Ihsan Kerajaan Pusat

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata kerajaan negeri tidak pernah ‘mengemis’ ihsan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan peruntukan bagi projek-projek mega yang dirancang di negeri ini.

Sebaliknya, kerajaan negeri, kata Ahmad Bashah, berbincang dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut saluran dan lunas yang betul bagi setiap projek yang telah dirancang oleh kerajaan negeri

“Saya tidak setuju kalau kita dikatakan mengemis daripada kerajaan persekutuan. Kita mohon peruntukan kerana kita tahu bukan kita saja yang memerlukan bantuan tapi negeri lain pun sama dan setiap permohonan adalah bersandarkan kepada perancangan yang teliti,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam daripada PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam dalam sidang Dewan Negeri yang menyatakan bahawa kerajaan negeri terpaksa mengemis untuk mendapatkan bantuan kerajaan persekutuan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu berkata, istilah mengemis atau pun meminta sedekah tidak sepatutnya timbul kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk membantu kerajaan negeri, tanpa mengira sama ada negeri itu dipimpin pembangkang atau pun sebaliknya.

Malah Kedah, katanya, amat bertuah kerana sudah menerima banyak peruntukan daripada kerajaan pusat antaranya melalui projek Taman Sains Teknologi Kulim (KSTP) sebanyak RM417 juta, Jeniang Transfer dan Empangan Naok (RM1 bilion), Bandar Raya Getah (RM320 juta), pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (RM89 juta) dan menaik taraf jeti Kuala Kedah membabitkan peruntukan RM208 juta.

Mengenai kenyataan Mukhriz yang membandingkan peruntukan diterima Sarawak yang dikatakan lebih banyak berbanding Kedah, Ahmad Bashah berkata perkara itu sepatutnya tidak perlu ditimbulkan memandangkan terdapat beberapa elemen lain yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan jumlah peruntukan yang layak diterima.

“Perdana Menteri lebih arif mengenai keperluan di satu-satu negeri malah dia tidak pernah menghampakan sesiapa pun yang meminta bantuan daripada dia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) telah disampaikan kepada rakyat Kedah yang terjejas banjir kilat baru-baru ini.

“Kita (kerajaan negeri) berikan bantuan kepada semua rakyat yang terjejas akibat banjir tanpa mengambil kira fahaman politik.

“Selagi mereka sudi buka pintu, selagi itulah kita akan pastikan tiada rumah yang tertinggal untuk menerima bantuan BARAKAH ini, tetapi kalau mereka tidak mahu, kita tidak boleh buat apa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahMenteri Besar Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Mulakan Tugas Sebagai Menteri Besar Kedah

18/05/2020
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas hari pertama beliau di Wisma Darul Aman...

Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah Ahad?

15/05/2020
0

MAJLIS angkat sumpah Menteri Besar Kedah Ke-14 dijangka berlangsung pada Ahad ini selepas semua 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd