KUALA LUMPUR – ‘Budak catur’ ini bukan setakat lawan DAP di ceramah sahaja, tapi saya ada dua kes mahkamah lawan pemimpin DAP”
Demikian peringatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Beliau menemplak dakwaan Muhammad Sanusi bahawa dirinya cuma ‘budak catur’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Jadi kalau sampai mahkamah kita lawan tapi YAB sanusi cakap kita budak catur, terpulanglah.
“Ingat datang Melaka ceramah tentang cadangan untuk bangunkan Melaka lebih baik dari Barisan Nasional (BN) buat sekarang, tapi ceramah kutuk orang sahaja rupanya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Muhammad Sanusi dalam ceramahnya di Melaka mendakwa Muhamad Akmal hanya ‘budak catur’ dan jangan percaya naratif UMNO menolak DAP.
Muhamad Akmal seterusnya menasihatkan Menteri Besar Kedah supaya tidak mengutuk sana sini untuk memecahkan orang Melayu.
“Melayu ini perlu disatukan, bukan diperbodohkan. Tidak mengapalah, nanti masa Pilihan Raya Negeri (PRN) biar rakyat Melaka menilai,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh


