• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Ambil Dadah, Bapa Sanggup Makan Jantung Anak

oleh
16/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DADAH merupakan satu malapetaka yang tak mampu kita bayangkan jika seseorang itu sedang berada di bawah pengaruhnya.

Makin banyak cerita yang dapat kita dengar akibat pengambilan dadah yang melampau sampai ada yang sanggup membunuh.

Baru-baru ini, satu kejadian kejam telah berlaku di daerah Zabaikalsk dekat Rusia yang mana seorang bapa tergamak memakan jantung serta otak anak perempuannya yang baru lahir. Lelaki itu dikatakan berada di bawah pengaruh dadah yang diberi nama ‘spice’.

Menurut laporan media tempatan negara itu, The Mirror, lelaki itu juga dikatakan sedang berhalusinasi yang terlampau sehingga dia merasakan yang dia berada di dalam neraka dan sedang menyelamatkan keluarganya daripada gangguan syaitan.

Isterinya yang trauma akibat kejadian itu mengatakan suaminya itu merupkan seorang ayah dan suami yang baik malah jiran tetangga juga turut senang dengan sikapnya yang ramah.

Tapi, dek kerana najis dadah… Dia bertukar menjadi raksaksa yang sanggup mencederakan anak kandungnya sendiri.

“Suami saya bercakap pasal syaitan dan mundar-mandir dalam rumah, kemudian dia memaksa saya minum sejenis cecair tapi saya tolak. Kemudia dia marah dan patahkan kerusi serta pukul kepala anak guna botol berulang kali serta menghentak kepalanya ke dinding.

“Kemudian dia belah dada anak kami dan dia makan jantungnya secara mentah-mentah,” kata isteri lelaki tersebut dengan nada yang teramat sedih.

Katanya lagi, selepas membunuh bayi mereka, lelaki itu cuba untuk menghidupkannya kembali dengan cara memasukkan anaknya ke dalam perut wanita itu. Namun dia bernasib baik kerana dia dapat melarikan diri sekali gus meminta pertolongan jiran yang terdekat.

Lelaki itu sudah berjaya ditahan oleh pihak polis dan berkemungkinan besar dia akan dipenjarakan untuk suatu tempoh masa yang panjang akibat perbuatan kejamnya itu.

Wanita yang masih lagi trauma itu kini sedang berada di bawah jagaan pihak hospital untuk diberikan rawatan psikatri akibat terkejut dengan kejadian yang menimpanya itu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd