• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

130,000 Peluang Pekerjaan Sejak Pembinaan MRT SBK

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 130,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang dimulakan pada 2011 hingga kini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kewujudan projek itu juga telah menyumbang kepada peningkatan Pendapatan Negara Kasar kira-kira RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun.

“MRT SBK turut merangsang kawasan baharu seperti Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, Warisan Merdeka, Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Cochrane,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Salim Sharif @ Mohd Sharif yang ingin tahu implikasi pertumbuhan ekonomi dan impak sosio ekonomi atas pembinaan MRT SBK di sepanjang kawasan jajaran itu.

Nancy berkata, projek MRT SBK turut mendorong aktiviti perniagaan dengan sambungan akses yang baik dengan membolehkan orang ramai ke kawasan perniagaan.

Sebagai contoh katanya, perniagaan Restoran Sate Kajang Haji Samuri yang terletak berdekatan dengan Stesen MRT Stadium Kajang telah dilaporkan mencatatkan peningkatan jumlah pelanggan sehingga 60 peratus sejak pembukaan stesen itu pada 17 Julai lalu.

Mengenai sama ada kerajaan bercadang menyambung jajaran tersebut ke Seremban, Nancy berkata pembinaan MRT di negeri lain bergantung kepada banyak faktor seperti kepadatan operasi, keadaan muka bumi dan permintaan serta aliran pergerakan penumpang.

“MRT bukanlah sesuatu mod pengangkutan awam yang terbaik bagi sesuatu kawasan kerana kebolehlaksanaan atau fleksibiliti sesuatu jenis pengangkutan awam itu mempunyai pilihan lain seperti bas henti-henti dan tren.

“Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan terus meneiliti sistem terbaik untuk kawasan lain di negara ini melalui Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: MRTpekerjaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd