• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Aminah Akan Duduk Rumah Sendiri Lepas Kahwin

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTERI tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim mendedahkan beliau akan tinggal di rumah sendiri selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Belanda, Dennis Muhammad Abdullah.

Majlis pertunangan dan pernikahan Tunku Tun Aminah, 31, akan berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada esok hari.

Pasangan pengantin diraja itu turut akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru pada hari yang sama.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Johor Royal Press Office, Tunku Tun Aminah berkata, “Kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

“Ini adalah pertama kali saya akan tinggal sendiri dan jauh dari ayahanda, bonda serta ahli keluarga yang lain,” katanya.

Seramai 1,200 undangan dijangka hadir pada majlis keraian tersebut yang akan dijalankan mengikut adat dan budaya keluarga diraja Johor.

Penduduk Johor juga boleh bersama-sama meraikan kemeriahan majlis penyatuan pasangan diraja itu dengan menontonnya secara live menerusi skrin digital yang dipasang di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Sikap baik hati dan memahami yang dimiliki Dennis merupakan antara faktor yang memikat hati Tunku Tun Aminah terhadap jejaka berusia 28 tahun itu.

Sementara itu, Dennis berkata, beliau tertarik dengan ikatan kekeluargaan yang rapat di antara Tunku Tun Aminah dengan setiap ahli keluarganya.

“Tunku Tun Aminah seorang yang sangat istimewa buat saya. Beliau seorang yang lemah lembut dan juga mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat rapat.

“Beliau sangat rapat dengan keluarganya, begitu juga dengan saya dan keluarga di Belanda,” katanya.

Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Johortunku tun aminah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan  Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd