• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Pelancongan Diminta Tingkat Khidmat

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengusaha pelancongan di Kuala Sepetang, Taiping diminta mengekalkan mutu perkhidmatan produk pelancongan walaupun kawasan itu telah diisytiharkan sebagai kawasan penyakit anjing gila pada 17 Julai lepas, kata Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri itu berkata langkah itu perlu diambil bagi memberi keyakinan kepada pelancong supaya mereka tidak berasa ragu-ragu untuk melakukan aktiviti pelancongan di kawasan itu.

Beliau berkata apabila sesuatu kawasan itu telah diwartakan sebagai kawasan rabies, pembatalan pewartaan itu hanya akan dilakukan jika tiada sebarang kes dikesan terhadap spesies haiwan dan manusia dalam tempoh dua tahun mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Pada masa kini, sudah tentu Kuala Sepetang mengalami kemerosotan jumlah pelancong yang melawat di kawasan itu akibat pewartaan tersebut yang perlu dilakukan sebagai langkah menjaga keselamatan orang awam termasuk pelancong.

“Saya difahamkan ketika ini tidak ada kes rabies dilaporkan dan pengumuman dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan negeri dapat mengurangkan kebimbangan dan kegusaran pelancong yang ingin berkunjung ke Kuala Sepetang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia International Travel Mart (MITM) 2017 di sini hari ini.

Nolee Ashilin berkata pihaknya turut meminta pengusaha pelancong di Kuala Sepetang supaya bersabar berikutan kemerosotan pelancong di kawasan yang sering menjadi tumpuan dan merupakan sumber rezeki pengusaha pelancong di situ.

“Keadaan akan kembali normal seperti sedia kala walaupun ia akan mengambil sedikit masa untuk mengembalikan kepercayaan pelancong untuk berkunjung ke Kuala Sepetang,” katanya.

Pada 7 Ogos lalu, Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon berkata Mukim Matang yang menempatkan kawasan pelancongan Kuala Sepetang kini selamat dikunjungi oleh orang ramai.

Dr Mah berkata status kawasan tersebut telah diturunkan daripada peringkat Indeks Penyakit Wabak kepada Indeks Penyakit Kawalan berikutan sebanyak 43 sampel anjing yang diambil di kawasan itu sejak Julai hingga Ogos ini disahkan negatif rabies.

Pada 4 Julai lepas, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang digigit anjing perliharaan mereka sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian.  – BERNAMA

Tags: Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12Rnow Aplikasi Pertama Himpun Seluruh Acara

30/12/2017
0

IPOH - 12Rnow (I Want to Register Now) merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menghimpunkan program dan acara di seluruh...

PIBK Bakal Masuk Dalam Kalendar Pelancongan Perak

04/11/2017
0

IPOH - Perak International Bike Week (PIBK) bakal dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Perak mulai tahun depan dan akan menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd