Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guna CCRIS Tuntut Hutang...

KUALA LUMPUR - Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu menyenaraikan penghutangnya...

Adik Benjy Luah Perasaan...

SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima hukuman 11 tahun di dalam penjara oleh mahkamah...

Mesin Bantuan Hayat Yazit...

KUALA LUMPUR - Abang kepada pemain dram Search Yazit Ahmad iaitu Zahid Ahmad...

42 Ahli Parlimen DAP...

GEORGETOWN - Semua 42 Ahli Parlimen DAP akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim...

12Rnow Aplikasi Pertama Himpun Seluruh Acara

IPOH – 12Rnow (I Want to Register Now) merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menghimpunkan program dan acara di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai.

Aplikasi yang berfungsi secara dua hala itu bukan sahaja memudahkan orang ramai menyemak senarai program dan acara yang akan berlangsung, malah memudahkan penganjur mendapat data mengenai pelanggan termasuk umur serta tempat tinggal.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata 12Rnow mempunyai beberapa kelebihan antaranya pengguna boleh membeli tiket untuk sebarang majlis menerusi aplikasi itu yang perlu dimuat turun terlebih dahulu.

“Selain itu, terdapat ciri penebusan mata ganjaran yang mana pengguna dapat menebus nilai ganjaran daripada apa yang mereka belanja termasuk tiket percuma.

“Berbeza jika diiklankan di laman sosial seperti Facebook. Ini bagi saya amat penting kerana kebiasaannya kita perlu melihat satu laman ke satu laman tetapi dengan satu aplikasi ini kita dapat tahu apakah acara yang akan berlaku dalam masa terdekat atau bila-bila,” katanya.

Nolee Ashilin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi 12Rnow di sini hari ini yang dibangunkan oleh 81 Group dan Link World Solution.


Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi 81 Group Datuk Jason Foo Khee Long berkata orang ramai boleh memuat turun aplikasi tersebut secara percuma, manakala penganjur dikenakan bayaran sebanyak US$10 bagi setiap acara.

“Dalam tempoh dua tahun kami menyasarkan seramai 300,000 orang akan memuat turun aplikasi ini manakala 500 pengajur akan mendaftar dengannya,” katanya.

Tambah Foo, orang ramai yang menggunakan sistem operasi Android boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play dan App Store mulai 7 Jan depan. – BERNAMA

Kategori