• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Kekayaan Zahid: SPRM Siasat Jika Ada Asas Rasuah

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan menyiasat kekayaan seseorang jika dakwaan yang dibuat ke atasnya mempunyai asas di mana pemilikan kekayaan itu bersumberkan unsur rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata kekayaan atau berapa banyak duit yang dimiliki seseorang bukan suatu asas yang membawa kepada keperluan siasatan daripada suruhanjaya itu.

“Isunya sama ada harta tersebut diperoleh daripada rasuah atau salah guna kuasa…asas itu perlu ada.

“Orang boleh kaya tapi sumbernya yang penting untuk kita lihat kerana kalau sumbernya menjadi rasuah dan salah guna kuasa, barulah menjadi tanggungjawab SPRM untuk menyiasat,” katanya mengulas sama ada SPRM akan menyiasat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kekayaan yang dimiliki.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan  Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendawa Ahmad Zahid mempunyai kekayaan mencecah RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan kenyataan itu telah disusuli dengan laporan polis oleh DAP.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata kenyataan itu bukan asas yang boleh membawa kepada siasatan apatah lagi pihak yang mendakwa juga mengakui tidak mempunyai bukti atas apa yang diperkatakannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd