• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Sokong Pembuli Dibuang Sekolah

oleh Ahmad Albab
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kerajaan negeri menyokong penuh sekiranya hukuman buang sekolah dikenakan terhadap pelajar yang membuli berikutan kes itu dilihat semakin membimbangkan.

Pengerusi Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata walaupun tiada laporan membabitkan kes buli di negeri ini, namun tindakan itu wajar bagi menangani masalah yang semakin berleluasa.

“Walaupun peraturan untuk tangani kes buli di sekolah sudah ada tetapi kejadian itu masih berlaku dalam kalangan murid. Kebanyakan kejadian buli berlaku di kawasan sekolah,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Dataran Ilmu Pejabat Pendidikan Daerah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam iaitu hukuman paling berat perlu dikenakan terhadap individu yang didapati terlibat dengan kegiatan buli di sekolah atau kolej bagi mengelakkan ia terus berulang pada masa depan.

Katanya, pihaknya kecewa dan sedih kerana kegiatan buli masih berlaku biarpun beberapa kes didedahkan dan pelbagai usaha dilakukan bagi menangani masalah tersebut.

Sementara itu, Muhammad Amin meminta warga pendidik di negeri ini supaya tidak terbabit dengan gejala rasuah kerana ia memberikan imej yang tidak baik kepada sesebuah organisasi.

“Pendidik yang terbabit dengan rasuah boleh dibuang kerja jika didapati bersalah di mahkamah. Sebagai penjawat awam kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah.

“Melalui IBR ini, ia diharap akan memberikan pengetahuan berguna kepada pengetua dan guru besar kerana rasuah boleh berlaku dalam kalangan warga pendidikan jika tidak dielakkan,” katanya.

Kira-kira 200 pengetua dan guru besar daerah LMS menghadiri majlis tersebut yang pertama kali membabitkan jabatan itu bersama Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM). – BERNAMA

Tags: kes buliPerak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd