• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran FDI Ke ASEAN Dijangka Cecah US$100 Bilion

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran pelaburan langsung asing (FDI) ke ASEAN terus meningkat pada tahun ini dan disasarkan mencecah lebih US$100 bilion (US$1 = RM4.29) berbanding US$96.7 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini akan terus menguntungkan syarikat-syarikat Malaysia dari segi perdagangan dan pelaburan, perkongsian teknologi serta penawaran peluang pekerjaan.

“Perjalanan ASEAN sememangnya hebat serta berjaya (selama ini) dan semua orang berbangga dapat menjadi warga ASEAN, termasuk Malaysia,” katanya kepada pemberita pada Forum Pelaburan Intra-ASEAN di sini, hari ini.

Mustapa berkata, aliran FDI global mencatat peningkatan sederhana dan akan turut memberi manfaat kepada ASEAN yang mempunyai lebih 630 juta penduduk.

Aliran FDI ke ASEAN dan negara-negara anggotanya sejak lima tahun lepas (2012-2016) berjumlah US$565.5 bilion dengan pelabur utama mewakili ASEAN, Kesatuan Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat, katanya.

Mengulas perdagangan intra-ASEAN, beliau berkata aliran itu meningkat berikutan kos menjalankan perniagaan yang lebih rendah di rantau ini.

Tahun lepas misalnya, syarikat-syarikat ASEAN melabur US$23.9 bilion di rantau ini iaitu peningkatan sebanyak 12.2 peratus daripada 2015, katanya.

Menurut Mustapa, aliran pelaburan dari negara-negara anggota ASEAN ke dalam Malaysia juga terus bertambah daripada RM1.8 bilion pada 2010 kepada RM11.6 bilion pada 2015.

Malah, antara syarikat terkemuka ASEAN yang melabur di Malaysia ialah Charoen Pokphand, Wilmar, Musim Mas, Tipco Asphalt dan TCC Group.

Selain itu, mengulas Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Mustapa berkata 10 negara terbabit sedang berusaha gigih untuk memastikan ia dapat direalisasikan.

“Kita mungkin berdepan beberapa cabaran berikutan penyenaraian 22 perkara dan setakat ini hanya dua perkara yang dapat dimuktamadkan membabitkan perusahaan kecil dan sederhana serta kerjasama teknikal.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan dan cuma ada empat hingga lima bulan saja lagi. Kita perlu realistik. Jika tidak tahun ini, ia mungkin dapat diselesaikan pada separuh pertama 2018,” katanya.

RCEP merupakan cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara negara-negara anggota ASEAN merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam serta enam negara lain yang menjalin FTA dengan ASEAN iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Anggota RCEP dijadual mengadakan pertemuan pada tahun ini di Korea Selatan dan Manila. – BERNAMA

Tags: Aliran FDIASEANDatuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd