• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Zaman Muda Bruce Lee Difilemkan Di P.Pinang

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebuah syarikat Amerika Syarikat-China akan menerbitkan filem baharu mengenai legenda seni bela diri dan bintang filem terkenal, Bruce Lee.

Anak perempuan pelakon handalan itu, Shannon Lee, yang menjadi penerbit bersama filem berkenaan, berkata penggambaran filem berjudul ‘Little Dragon’ itu akan dibuat di Pulau Pinang dalam masa tiga bulan lagi.

“Saya sungguh teruja untuk menghasilkan filem tentang bapa saya di Pulau Pinang ini. Filem ini adalah mengenai kehidupan bapa saya ketika dia membesar di Hong Kong dan sebab itulah kami cuba mewujudkan kembali suasana di Hong Kong pada tahun 1950-an.

“Banyak bangunan dan perkara yang terdapat di Pulau Pinang menepati kehendak filem ini. Kru penerbitan kami sudah berada di sini sejak beberapa minggu lepas dan kami tidak sabar untuk meneruskan kerja bagi filem ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.

Shannon berkata filem itu akan turut berkisar tentang kehidupan Bruce Lee sebagai remaja, penari cha cha dan pengaruhnya.

Sementara itu, penerbit bersama filem berkenaan, Tim Kwok, berkata selain Pulau Pinang, Pinewood Iskandar Studios di Johor Bharu dan Guangzhou, China, juga dipilih sebagai lokasi penggambaran.

Katanya, hampir 5,000 orang menghadiri sesi uji bakat untuk watak Bruce Lee semasa muda dan empat calon disenaraipendekkan.

Menurut Kwok, penggambaran bagi filem itu dijangka selesai pada Jun dan menemui penonton pada akhir tahun depan. – BERNAMA

Tags: Bruce Lee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Bruce Lee Saman Restoran Makanan Segera

27/12/2019
0

SHANGHAI - Firma yang diuruskan anak perempuan Bruce Lee telah menyaman sebuah sebuah syarikat makanan segera China sebanyak 210 juta...

Video: Hebat! Budak 5 Tahun ‘Jelmaan’ Bruce Lee Berkungfu

15/02/2025
0

SIAPA yang menafikan kehebatan budak ni berkungfu memang buta kayu. Dalam video berdurasi 1:24 di bawah, seorang kanak-kanak yang baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd