Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Yahya Gesa Koperasi Amalkan...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin menyeru anggota...

Anwar, Trudeau Bincang Langkah...

SAN FRANCISCO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari...

Nadzmi Adhwa Kena ‘Serang’...

PELAKON, Nadzmi Adhwa teruk 'diserang' netizen selepas memuat naik satu entri di Twitter...

Korban Banjir Di Jakarta...

JAKARTA - Korban akibat banjir yang melanda Jakarta sejak Rabu lepas, meningkat kepada...

Kisah Zaman Muda Bruce Lee Difilemkan Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Sebuah syarikat Amerika Syarikat-China akan menerbitkan filem baharu mengenai legenda seni bela diri dan bintang filem terkenal, Bruce Lee.

Anak perempuan pelakon handalan itu, Shannon Lee, yang menjadi penerbit bersama filem berkenaan, berkata penggambaran filem berjudul ‘Little Dragon’ itu akan dibuat di Pulau Pinang dalam masa tiga bulan lagi.

“Saya sungguh teruja untuk menghasilkan filem tentang bapa saya di Pulau Pinang ini. Filem ini adalah mengenai kehidupan bapa saya ketika dia membesar di Hong Kong dan sebab itulah kami cuba mewujudkan kembali suasana di Hong Kong pada tahun 1950-an.

“Banyak bangunan dan perkara yang terdapat di Pulau Pinang menepati kehendak filem ini. Kru penerbitan kami sudah berada di sini sejak beberapa minggu lepas dan kami tidak sabar untuk meneruskan kerja bagi filem ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.

Shannon berkata filem itu akan turut berkisar tentang kehidupan Bruce Lee sebagai remaja, penari cha cha dan pengaruhnya.

Sementara itu, penerbit bersama filem berkenaan, Tim Kwok, berkata selain Pulau Pinang, Pinewood Iskandar Studios di Johor Bharu dan Guangzhou, China, juga dipilih sebagai lokasi penggambaran.


Katanya, hampir 5,000 orang menghadiri sesi uji bakat untuk watak Bruce Lee semasa muda dan empat calon disenaraipendekkan.

Menurut Kwok, penggambaran bagi filem itu dijangka selesai pada Jun dan menemui penonton pada akhir tahun depan. – BERNAMA

Kategori