• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Bruce Lee Saman Restoran Makanan Segera

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Firma yang diuruskan anak perempuan Bruce Lee telah menyaman sebuah sebuah syarikat makanan segera China sebanyak 210 juta yuan (AS$30 juta) kerana menggunakan imej bintang kungfu itu pada logo mereka tanpa kebenaran.

Media China, The Paper melaporkan, Bruce Lee Enterprise yang berpangkalan di California itu memfailkan saman terhadap rangkaian Real Kungfu di mahkamah Shanghai pada Rabu dan meminta supaya syarikat makanana segera itu berhenti menggunakan imej berkenaan serta membayar 88,000 yuan lagi sebagai bayaran perundangan.

Firma yang diketuai Shannon Lee itu turut meminta Real Kungfu memberi penjelasan mengatakan ia tidak mempunyai kaitan dengan Bruce Lee dalam tempoh 90 hari.

Real Kungfu yang menjual nasi dan makanan Cina lain diasaskan pada 1990 dan mempunyai cawangan di 57 bandar di China.

Logo syarikat tersebut menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju lengan panjang dan memiliki wajah mirip Bruce Lee bergaya dengan pose terkenalnya.

Real Kungfu dalam akaun Weibo menyatakan rasa “pelik” dengan saman berkenaan kerana ia telah menggunakan logo tersebut sejak 15 tahun lalu.

Katanya, meskipun terdapat beberapa isu pada masa lalu, logo yang digunakannya itu telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Saman tersebut dilakukan selepas China berikrar untuk menambah baik perlindungan terhadap hak harta intelek serta melaksanakan hukuman yang lebih berat.

Ia merupakan salah satu topik utama dalam perbincangan di antara China dan Amerika Syarikat semasa rundingan dagangan keduanya. – Agensi

Tags: Bruce LeeChinakungfurestoran makanan segera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd