• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Maut, Lebih 170 Cedera Gempa Di China

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila gempa bumi 6.5 magnitud menggegarkan barat daya China, kata sumber kerajaan hari ini.

Difahamkan angka korban akibat gempa yang berlaku lewat semalam di pedalaman kawasan pergunungan wilayah itu dijangka meningkat.

Menurut satu kenyataan kerajaan wilayah Aba yang juga kawasan pusat gempa, seramai 175 orang cedera, 28 daripadanya parah.

Bagaimanapun Suruhanjaya Untuk Pengurangan Bencana Kebangsaan China menganggarkan seramai 100 orang terkorban, berdasarkan data banci lalu di rantau yang jarang penduduk itu.

Sementara itu awal hari ini, gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud melanda barat China hari ini dekat wilayah Xinjiang, ribuan kilometer dari Sichuan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Difahamkan pusat gegaran yang berlaku pada kira-kira jam 7.30 pagi (waktu tempatan) diikuti dua gegaran susulan masing-masing 5.2 magnitud dan 5.3 magnitud tetapi tiada kemusnahan mahupun kematian dilaporkan.

Gempa bumi Sichuan berpusat di tengah-tengah Jiuzhaigou, sebuah lembah yang diiktiraf sebagai taman negara dan Tapak Warisan Dunia UNESCO, terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan, pembentukan batu karst, air terjun dan tasik. – AFP

Tags: Chinagempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd