• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sokong Penubuhan JKMMS Oleh Kerajaan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi memperkasakan sistem perundangan Syariah di negara ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“PAS menyambut baik cadangan kerajaan manubuhkan JKMMS seperti yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Langkah ini bertepatan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Semalam, Jamil Khir memaklumkan, penubuhan JKMMS itu dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam usaha memperkasakan sistem perundangan syariah secara keseluruhan.

Tuan Ibrahim berkata, Mahkamah Syariah merupakan institusi kehakiman paling awal wujud dalam negara dan perkembangannya terhenti setelah negara dijajah British.

Justeru, katanya, usaha memperkasakan Mahkamah Syariah itu diharap dapat mengatasi puluhan kes tertunggak di Mahkamah Syariah.

“Semoga usaha ini akan berjaya meletakkan martabat mahkamah syariah di tempat yang lebih baik,” katanya.

PAS sebelum ini turut membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Parlimen bagi memperkasakan perundangan Syariah.

Pembentangan itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan apabila pemimpin Pakatan Harapan menimbulkan kekecohan kerana membantah cadangan tersebut.

Pemimpin DAP menegaskan bahawa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang ketinggalan zaman, zalim dan menindas golongan wanita.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mendakwa RUU 355 perlu ditolak kerana ia mengelirukan, menimbulkan kebimbangan bukan Islam dan melanggar hak asasi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KerajaanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - “Ada orang tanya aku, kenapa Dato’ Sri Najib dah bayar denda pun masih tak boleh balik rumah?...

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd