• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,970 Syarikat Gagal Bayar Cukai Lebih RM105 Juta

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah kini merekodkan sebanyak 1,970 syarikat yang gagal membayar cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 membabitkan nilai lebih RM105.7 juta.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Janathan Kandok berkata Kota Kinabalu dan Kudat merekodkan sebanyak 1,192 syarikat diikuti Sandakan 295 syarikat, Lahad Datu (192), Tawau (182) dan Keningau 109 syarikat yang gagal membayar cukai.

“Kesemua syarikat berkenaan gagal membayar cukai dalam waktu yang ditetapkan dan ia melibatkan sebanyak 5,796 bil tuntutan di bawah Akta GST 2014.

“Kebanyakan syarikat yang gagal membayar cukai GST adalah syarikat yang terlibat dalam perniagaan restoran dan syarikat pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran ‘Op Kutip Hasil 30 Juta 500 Penghutang’ di Wisma Kastam Sabah, di sini hari ini.

Janathan berkata operasi selama sebulan mulai hari ini itu bertujuan menjejaki 500 syarikat penghutang tegar di seluruh Sabah yang membabitkan nilai sehingga RM30 juta. akan dilaksanakan bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.

“Syarikat berkenaan terdiri daripada syarikat perkongsian dan milikan tunggal yang telah menghantar penyata, namun sehingga kini masih gagal membuat pembayaran kepada JKDM Sabah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah membuka 500 Sampul Kecil Siasatan Sivil bagi tujuan gesaan, lawatan premis dan mengambil rakaman kenyataan bagi menjejak penghutang tegar berkenaan.

Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Insolvensi, dan Jabatan Pendaftaran Negara dan akan dijalankan dari semasa ke semasa, katanya. – BERNAMA

Tags: CukaiKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd