• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbaiki Aspek Perpaduan Kaum Dalam Agenda TN50

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Memperbaiki aspek perpaduan dan soal polarisasi kaum dalam kalangan generasi muda adalah antara agenda yang dibincangkan dalam merangka dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata isu polarisasi kaum dan perpaduan dalam kalangan rakyat, khasnya generasi muda masih terlalu ketara namun ia di tahap yang boleh diperbaiki.

Selain sistem persekolahan pelbagai aliran, ketiadaan titik pertemuan yang boleh dijadikan sebagai pengalaman bersama juga merupakan antara sebab yang menyumbang kepada keadaan itu, katanya.

“Tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan dalam mencari alternatif lain bagaimana untuk menambah titik-titik pertemuan tersebut agar rasa kebersamaan sebagai warga Malaysia dapat disemarakkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan lagu ‘Bumi Tercinta’ terbitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Malaysia di sini hari ini.

Katanya walaupun bukan mudah, usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat perlu ditekuni bersama melalui perbincangan lebih meluas agar satu titik pertemuan dapat dicapai, sekali gus diaplikasikan sebagai medium memperkukuh rasa kebersamaan dalam kalangan pelbagai bangsa di negara ini.

Mengenai lagu tersebut, Khairy yang juga Penaung Aman Malaysia berkata pelancarannya bertepatan bagi menyemarak semangat patriotisme dalam kalangan rakyat ketika negara sedang membuat persiapan menyambut hari kemerdekaan dan Hari Malaysia selain membantu menambah khazanah lagu-lagu patriotik sedia ada.

Dicipta oleh pencipta lagu terkenal Aubrey Suwito, Bumi Tercinta yang liriknya ditulis oleh Ad Samad menampilkan Dayang Nurfaezah, Jaclyn Victor, Azlan and the Typewritter, Talitha Tan, Back to Basixx dan Thohir sebagai penyanyi.

Dalam pada itu, Presiden Aman Malaysia Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata penerbitan lagu yang menggambarkan kekuatan dan sikap bersatu padu serta progresif yang wujud dalam kalangan masyarakat itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Aman Malaysia menyemarakkan bulan kemerdekaan selaras dengan moto pertubuhan itu iaitu ‘Keamanan, Pembangunan dan Perpaduan’.

Lagu Bumi Tercinta boleh didapati di laman sesawang dan Facebook Aman Malaysia iaitu www.amanmalaysia.com, www.facebook.com/amanmalaysia.org, serta laman Twitter dan Instagram di @amanmalaysia. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd