• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCMC Siasat Pihak Sebar Berita Palsu

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat tindakan pihak tidak bertangggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata SPRM telah mengesahkan bahawa maklumat yang sedang tular itu adalah tidak benar.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Salleh berkata mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu akan dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kerajaan memandang serius penyebaran berita-berita palsu di media sosial dan  ingin mengingatkan para pengguna agar tidak menyebarkan sebarang berita yang belum ditentukan kesahihannya,”katanya.

Salleh berkata perbuatan sedemikian  boleh mengelirukan orang ramai.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial. Semak terlebih dahulu berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul,” katanya.

Semalam, SPRM membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Çikgu Aming’ yang memuat naik satu laporan portal kononnya SPRM  mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes JANS.

Pemilik akaun Facebook berkenaan memuat naik laporan portal yang bertajuk ‘SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah’.

Pada 29 Dis lepas, tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM61.48 juta selain memiliki secara salah barangan mewah dan sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 8 Ogos ini.

Ketiga-tiga tertuduh ialah bekas Pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Ag Piut serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakMCMC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

01/06/2026
0

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat Oleh Mynewshub KUALA...

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd